RSS

Satu Pengakhiran untuk Satu Permulaan


Assalamualaikum… apa khabar semua? Rasanya dah lama saya tak ada entri baru. Terlalu banyak perkara yang saya nak buat sampai saya tak tahu bagaimana mahu mencuri masa untuk melayari internet. Di samping itu masa yang panjang di ambil untuk mengemaskini saya ambil untuk mengumpul cerita untuk di kongsi dengan anda semua…

Jadi apa cerita baru saya? Jeng.. jeng... suspens tak? Hihi…

Pertamanya saya nak beritahu yang saya dah pun berhenti dari Kursus OSHE di TESDEC. Berhenti tidak semestinya saya telah menamatkan kursus itu. Saya sebenarnya tidak sempat pun untuk menamatkan kursus itu. Tetapi alhamdulillah sijilnya saya perolehi kerana prosedur di TESDEC telah menetapkan yang seseorang peserta kursus itu mesti menghadiri majlis graduasi sebelum menjalani praktikal.

Oops! Jangan salah anggap yang saya berhenti kerana praktikal pulak. Saya sebenarnya dah dapat kerja. Alhamdulillah.. Saya diterima untuk menjadi guru Pintar Quran di Tadika Yayasan Kuala Berang. Gajinya berpadanan dengan waktu kerja kami. Itu dah kira mencukupi. Rezeki saya sudah ada kerana masih ada kawan-kawan yang masih belum bekerja.

Dah hampir dua minggu saya kerja kat Tadika Yayasan, mengajar murid-murid mengaji Al-Quran dan membaca Iqra’. Tugas yang agak mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan karenah kanak-kanak. Bukannya boleh duduk diam. Apabila bosan mengaji, mulalah bising. Kacau kawan, cuit kawan, berlari-lari dalam kelas tu perkara biasa. Masa minggu pertama hari tu pening juga. Tapi sekarang dah ok. Dah puas pujuk masa minggu pertama dulu, sekarang kena marah pulak. Huhu.. Marah-marah jugak, tapi tak boleh lebih-lebih. Kang merajuk pulak budak-budak tu.

Kawan-kawan satu tempat kerja pun ok. Guru Besar pun OK. Tetapi masih lagi cuba menyesuaikan diri dan berkenalan dengan guru yang sedia ada. Maklumlah kita ni budak baru belajar. Kenalah banyak bertanya. Huhu… Syukurlah mereka dapat terima kami semua seadanya.

Baiklah.. Rasanya dah ketandusan idea. Sebenarnya dalam proses untuk mengubahsuai satu artikel untuk di kongsi dengan semua. Asyik terbengkalai aje kerja tu. Entah bila nak siap. Insya Allah jika ada kesempatan saya akan kongsi artikel tu dengan anda semua. Tunggu! Bye…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

ZieSakura said...

Tahniah Jue, dah dapat keje..

banyak pahala keje mcm Jue..hehe

Post a Comment