RSS

hati yang tak tenang

kebelakangan ni hati tak pernah senang dan tenang. banyak betul benda dah berlaku. peristiwa yang tak patut berlaku dah terjadi.. rasa marah dan sesal sedang menguasai diri.. marah tak kalau tiba-tiba kita kena marah disebabkan kesalahan orang lain. disebabkan orang lain buat benda tu kita yang kena tempiasnya. geram kan?! geram, geram,geram sangat. sampai tak tahu nak kata apa? rasa tak puas hati sangat-sangat. tapi ada satu perkara lagi yang jadi.. saya rasa menyesal sebab telah buat perkara yang tak sepatutnya. tetapi bila difikirkan balik, perkara tu terjadi kerana rasa nak membela diri sendiri.. walaupun apa pun sebabnya saya tetap rasa sepatutnya saya tak patut buat perkara tu.. rasa tak tentu arah sebab asyik terfikir pasal benda tu.. ditambah lagi dengan kerja yang bertambun dan minggu ujian yang akan tiba.. makin bertambah perasaan yang tak tenteram... tak tahu nak mengadu pada siapa... Hanya pada Allah saja tempat saya mengadu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lesen memandu

dua hari lalu ketika menunggu teksi untuk ke kuala terengganu saya terserempak dengan seorang junior sekolah rendah. kami hanya bertukar senyuman (saya bukan jenis yang peramah). saya mendapat tahu yang dia sekarang sedang menunggu keputusan SPM (bukan saya yang interview dia tapi nenek saya. saya hanya tumpang dengar). jadi sekarang dia sedang belajar memandu di sekolah memandu berhampiran tempat kami tinggal.mendengar perbualan itu menyebabkan saya teringat pengalaman saya ketika mengambil lesen sebelum ini.

saya belajar memandu ketika tahun kedua diploma saya. saya dan adik saya yang kedua yang ketika itu menunggu keputusan SPM.emak yang menyuruh kami berbuat demikian. mungkin memikirkan tentang keselamatan kami.

bagi saya pengalaman belajar memandu dan proses mendapatkan lesen adalah pengalaman hidup yang paling pahit. cuba bayangkan saya terpaksa mengambil ujian sebanyak lima kali sebelum berjaya mendapat lesen P.Cuba bayangkan berapa banyak yang telah habiskan. ketika saya gagal untuk kali ketiga, saya balik lambat ke rumah lantaran rasa malu yang amat sangat. saya sanggup lepak di cyber cafe tanpa menghiraukan panggilan telefon bertanyakan keputusan ujian memandu ketika itu. saat itu tiada perkara lain yang muncul dalam fikiran saya melainkan untuk berputus asa saja. hari itu saya berkurung di dalam bilik, langsung tidak bertegur sapa dengan sesiapa melayan rasa kecewa saya. adik saya perlu mengambil ujian dua kali sedangkan saya, ujian kali ketiga pun masih belum lulus.

saat itu, emak memujuk saya. saya menangis di hadapan menghamburkan segala perasaan kecewa dan tekanan yang saya hadapi. mujurlah ada emak. jika tidak mungkin impian saya untuk memiliki lesen kereta takkan kesampaian. emak mengambil inisiatif dengan menjadi guru di rumah. saya memandu di jalan sempit di ladang getah datuk yang kebetulan bertar.

ketika kali kelima emak menghantar saya ke tempat ujian. berkat doa emak dan adik-adik, akhirnya saya lulus juga. gembira tak terkata saya dibuatnya. saya memang tidak mahu mengenang kembali saat ketika menghadapi ujian memandu sebelum ini. perit dan pahit. saya tak mahu ambil ujian memandu lagi. takutnya lebih dari saat saya mahu mengetahui keputusan peperiksaan saya. lebih-lebih lagi saat ketika pegawai JPJ masuk ke dalam kereta mahu menguji pelajar. kecutnya hanya ALLAH sahaja yang
tahu.

trauma ketika ujian tu terbawak-bawak sampai sekarang. saya masih takut-takut untuk memandu. memandu apabila disuruh atau terpaksa saja. itupun jika ditemani emak. masih tiada keyakinan untuk memandu seorang diri untuk ke mana-mana. jika terpaksa ke mana-mana aku kerahkan adik untuk menjadi pemandu. apa pun terima kasih untuk KAK NGAH dan EMAK. kalian jadi sumber semangatku. sayang kamu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

demi masa

masa berlalu begitu pantas sehingga aku langsung tidak menyedari dia perlahan-lahan meninggalkan aku di belakang.. banyak perkara berlaku kebelakangan ni.. yang tak disangka juga yang diingini serta perkara yang tak mahu aku fikirkan pun.. apabila aku bangun dari tidur aku ingin perkara yang telah berklaku tu jadi mimpi je.. aku mahu masalah yang tengah aku hadapi sekarang tak pernah berlaku. tetapi hakikatnya jika aku cuba lari masalah tu tak pernah akan hilang tapi makin bertambah.. sabar dan sabar.. hanya itu yang aku ada untuk hadapi semua perkara ni.. lelah rasanya dihambat waktu kerana aku tidak terhambat lariannya yang tidak pernah menoleh ke belakang lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS