RSS

Bertemu Kembali


Assalamualaikum…

Setelah sekian lama tidak menulis di blog, saya kembali. Rindu untuk menulis memang ada, namun sering terbantut di sebabkan kesuntukan idea, masa dan mood. Sering berlaku apabila idea mencurah-curah mood untuk mengetuk papan kekunci tidak pula datang. Apabila mood dan idea ada, saya pula tidak berkesempatan untuk berkunjung ke ‘cyber cafĂ©’.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga kita semua dapat menikmati erti sebenar Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah itu. Fitrah di sini membawa maksud kita kembali kepada kita yang suci dan bersih dari dosa dan kembali kepada diri kita yang suci jiwanya seperti seorang bayi.

Bagaimana Ramadhan anda semua? Masih sama seperti sebelum-sebelum ini? Atau jauh lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Saya harap Ramadhan kita kali ini lebih dari tahun sebelum ini. Saya merasakan Ramadhan kali ini cukup memberi impak besar kepada saya. Saya jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu titik perubahan dalam hidup saya. Saya berazam untuk meninggalkan satu tabiat buruk saya yang saya tahu satu kesalahan dan tetap melakukannya. Alhamdulillah saya telah mencuba untuk berhenti dan saya hampir berjaya (walaupun terbabas jugak). Ramadhan kali ini benar-benar membentuk saya.

Perubahan itu saya lakukan lantaran perasaan malu yang menebal dalam diri saya terhadap Sang Pencipta yakni ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Tidak pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa selama ini kita banyak melakukan dosa (samaada sedar tanpa sedar), kita masih boleh meminta dari-NYA dan ALLAH dengan penuh kasih sayang masih memberi nikmat yang banyak untuk kita, masih memberi banyak peluang kepada kita. Pernahkah? Fikir-fikirkanlah. Selagi masih ada peluang, selagi masih bernafas, segeralah kita bertaubat kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga dapat menjadi pengajaran kita bersama. Sesungguhnya saya mencuba apa yang saya mampu untuk menjadi renungan semua. Akhir kata, bertemu lagi di lain waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Pengakhiran untuk Satu Permulaan


Assalamualaikum… apa khabar semua? Rasanya dah lama saya tak ada entri baru. Terlalu banyak perkara yang saya nak buat sampai saya tak tahu bagaimana mahu mencuri masa untuk melayari internet. Di samping itu masa yang panjang di ambil untuk mengemaskini saya ambil untuk mengumpul cerita untuk di kongsi dengan anda semua…

Jadi apa cerita baru saya? Jeng.. jeng... suspens tak? Hihi…

Pertamanya saya nak beritahu yang saya dah pun berhenti dari Kursus OSHE di TESDEC. Berhenti tidak semestinya saya telah menamatkan kursus itu. Saya sebenarnya tidak sempat pun untuk menamatkan kursus itu. Tetapi alhamdulillah sijilnya saya perolehi kerana prosedur di TESDEC telah menetapkan yang seseorang peserta kursus itu mesti menghadiri majlis graduasi sebelum menjalani praktikal.

Oops! Jangan salah anggap yang saya berhenti kerana praktikal pulak. Saya sebenarnya dah dapat kerja. Alhamdulillah.. Saya diterima untuk menjadi guru Pintar Quran di Tadika Yayasan Kuala Berang. Gajinya berpadanan dengan waktu kerja kami. Itu dah kira mencukupi. Rezeki saya sudah ada kerana masih ada kawan-kawan yang masih belum bekerja.

Dah hampir dua minggu saya kerja kat Tadika Yayasan, mengajar murid-murid mengaji Al-Quran dan membaca Iqra’. Tugas yang agak mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan karenah kanak-kanak. Bukannya boleh duduk diam. Apabila bosan mengaji, mulalah bising. Kacau kawan, cuit kawan, berlari-lari dalam kelas tu perkara biasa. Masa minggu pertama hari tu pening juga. Tapi sekarang dah ok. Dah puas pujuk masa minggu pertama dulu, sekarang kena marah pulak. Huhu.. Marah-marah jugak, tapi tak boleh lebih-lebih. Kang merajuk pulak budak-budak tu.

Kawan-kawan satu tempat kerja pun ok. Guru Besar pun OK. Tetapi masih lagi cuba menyesuaikan diri dan berkenalan dengan guru yang sedia ada. Maklumlah kita ni budak baru belajar. Kenalah banyak bertanya. Huhu… Syukurlah mereka dapat terima kami semua seadanya.

Baiklah.. Rasanya dah ketandusan idea. Sebenarnya dalam proses untuk mengubahsuai satu artikel untuk di kongsi dengan semua. Asyik terbengkalai aje kerja tu. Entah bila nak siap. Insya Allah jika ada kesempatan saya akan kongsi artikel tu dengan anda semua. Tunggu! Bye…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujub Zaman Moden | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ujub Zaman Moden | iluvislam.com + discover the beauty of islam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menanti Di Barzakh - Far East

Aku merintih aku menangis
Aku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan itu melengkapi semua kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyhar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talkin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusara ku
Nisan batu menjadi tugu 
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan di sini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kehidupan di sini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali, kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri 
Sendiri bertemankan sepi 
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari 
Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti 
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali  
Tak sanggupku untuk mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Mengigil ketakutan gelap pekat di pandangan
Selama ini di ceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad di kebumikan

Selama ini di ceritakan 
Kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad di kebumikan

Ku merintih ku menangis
Ku meratap aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula 
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Nota Blogger: Semoga lagu ini dapat memberi keinsafan kepada kita. Ingatlah sebelum kematian menjemput kita. Ingatan ini untuk saya dan pembaca semua. Sesungguhnya saya juga insan yang masih belum sempurna. Lagu ini saya rasakan relevan sepanjang zaman. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wajah Baru, Harapan Baru..

Assalamualaikum...

Saya membuka tirai tahun 2011 ini dengan menukar template blog kesayangan saya ini. saya harap ramai yang menyukainya.. saya berharap tahun baru ini membawa harapan baru kepada semua orang. yang sudah berlalu biarkan saja ia berlalu kerana kita sudah tidak mampu mengubah apa-apa. hadapilah hari yang mendatang dengan tabah dan gembira. banyakkan berdoa semoga kita diberi kekuatan dan ketabahan. Akhir kalam selamat menyambut tahun baru masihi 2011.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS