RSS

Bertemu Kembali


Assalamualaikum…

Setelah sekian lama tidak menulis di blog, saya kembali. Rindu untuk menulis memang ada, namun sering terbantut di sebabkan kesuntukan idea, masa dan mood. Sering berlaku apabila idea mencurah-curah mood untuk mengetuk papan kekunci tidak pula datang. Apabila mood dan idea ada, saya pula tidak berkesempatan untuk berkunjung ke ‘cyber cafĂ©’.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga kita semua dapat menikmati erti sebenar Hari Raya Aidilfitri atau juga dikenali sebagai Hari Raya Fitrah itu. Fitrah di sini membawa maksud kita kembali kepada kita yang suci dan bersih dari dosa dan kembali kepada diri kita yang suci jiwanya seperti seorang bayi.

Bagaimana Ramadhan anda semua? Masih sama seperti sebelum-sebelum ini? Atau jauh lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Saya harap Ramadhan kita kali ini lebih dari tahun sebelum ini. Saya merasakan Ramadhan kali ini cukup memberi impak besar kepada saya. Saya jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu titik perubahan dalam hidup saya. Saya berazam untuk meninggalkan satu tabiat buruk saya yang saya tahu satu kesalahan dan tetap melakukannya. Alhamdulillah saya telah mencuba untuk berhenti dan saya hampir berjaya (walaupun terbabas jugak). Ramadhan kali ini benar-benar membentuk saya.

Perubahan itu saya lakukan lantaran perasaan malu yang menebal dalam diri saya terhadap Sang Pencipta yakni ALLAH SUBHANAHUWATAALA. Tidak pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa selama ini kita banyak melakukan dosa (samaada sedar tanpa sedar), kita masih boleh meminta dari-NYA dan ALLAH dengan penuh kasih sayang masih memberi nikmat yang banyak untuk kita, masih memberi banyak peluang kepada kita. Pernahkah? Fikir-fikirkanlah. Selagi masih ada peluang, selagi masih bernafas, segeralah kita bertaubat kerana sesungguhnya ALLAH itu Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Semoga dapat menjadi pengajaran kita bersama. Sesungguhnya saya mencuba apa yang saya mampu untuk menjadi renungan semua. Akhir kata, bertemu lagi di lain waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

simah said...

alhamdulilah... doakanlah hati adikmu ini agar hatinya tenang dan semoga hatinya lembut untuk lebih ke arah kebaikan (tahu ilmu je tp x amal sgt...hu3)

Post a Comment