RSS

hilang sudah kasih sayang

 sumber gambar: Utusan Malaysia, 22 Mac 2010, www.utusan.com.my


hati rasa sayu ketika melihat muka hadapan utusan hari ini. hari ini sekali lagi seorang bayi perempuan yang comel, tidak berdosa di buang oleh individu yang tidak bertanggungjawab, di tepi tong sampah dan dibiarkan kehujanan. Ya Allah pedih rasanya hati melihat bayi itu dizalimi sedangkan dia masih suci, tidak berdosa. bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu yang kita ketahui penuh dengan kasih sayang selama 9 bulan 10 hari dibuang tanpa rasa belas kasihan. kemanakah hilang rasa kasih sayang seorang ibu... astaghfirullahalazim... apa sudah jadi dengan dunia sekarang? sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya, kita manusia apatah lagi. pernah kita dihidangkan dengan kisah pelik tetapi benar tentang haiwan yang menjaga anak haiwan lain walaupun mereka bukan dari spesis yang sama.. haiwan juga dikurniakan sikap kasih sayang.. kita bagaimana? kita manusia yang dikurniakan akal yang diberi keistimewaan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini? tetapi lihatlah apa yang berlaku? mencegah lebih daripada mengubati.. setiap masalah yang berlaku mestilah diselesaikan dari akar umbinya.. cubalah kita semua mencari jawapan kepada permasalahan ini.. saya bukanlah insan yang layak untuk mengulas.. saya juga ada kelemahan dan kekurangan.. sama2lah kita muhasabah diri..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

masa depan

kerisauan tiba-tiba melanda hati saya apabila memikirkan nasib lepas habis belajar? memang fikir nak cari kerja tapi persoalannya nak kerja apa? persaingan banyak dan saya pulak tak tahu nak tuju ke arah mana.. kawan-kawan cakap jangan banyak pilih.. cekup aje peluang yang datang ah... apa saya nak buat ni? macam mana nak berhadapan dengan suasana kerja nanti?... susah hati saya fikir pasal perkara ni... ditambah lagi dengan assignemnt yang tak tahu bila akan abis..waa..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati yang tak tenang

kebelakangan ni hati tak pernah senang dan tenang. banyak betul benda dah berlaku. peristiwa yang tak patut berlaku dah terjadi.. rasa marah dan sesal sedang menguasai diri.. marah tak kalau tiba-tiba kita kena marah disebabkan kesalahan orang lain. disebabkan orang lain buat benda tu kita yang kena tempiasnya. geram kan?! geram, geram,geram sangat. sampai tak tahu nak kata apa? rasa tak puas hati sangat-sangat. tapi ada satu perkara lagi yang jadi.. saya rasa menyesal sebab telah buat perkara yang tak sepatutnya. tetapi bila difikirkan balik, perkara tu terjadi kerana rasa nak membela diri sendiri.. walaupun apa pun sebabnya saya tetap rasa sepatutnya saya tak patut buat perkara tu.. rasa tak tentu arah sebab asyik terfikir pasal benda tu.. ditambah lagi dengan kerja yang bertambun dan minggu ujian yang akan tiba.. makin bertambah perasaan yang tak tenteram... tak tahu nak mengadu pada siapa... Hanya pada Allah saja tempat saya mengadu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lesen memandu

dua hari lalu ketika menunggu teksi untuk ke kuala terengganu saya terserempak dengan seorang junior sekolah rendah. kami hanya bertukar senyuman (saya bukan jenis yang peramah). saya mendapat tahu yang dia sekarang sedang menunggu keputusan SPM (bukan saya yang interview dia tapi nenek saya. saya hanya tumpang dengar). jadi sekarang dia sedang belajar memandu di sekolah memandu berhampiran tempat kami tinggal.mendengar perbualan itu menyebabkan saya teringat pengalaman saya ketika mengambil lesen sebelum ini.

saya belajar memandu ketika tahun kedua diploma saya. saya dan adik saya yang kedua yang ketika itu menunggu keputusan SPM.emak yang menyuruh kami berbuat demikian. mungkin memikirkan tentang keselamatan kami.

bagi saya pengalaman belajar memandu dan proses mendapatkan lesen adalah pengalaman hidup yang paling pahit. cuba bayangkan saya terpaksa mengambil ujian sebanyak lima kali sebelum berjaya mendapat lesen P.Cuba bayangkan berapa banyak yang telah habiskan. ketika saya gagal untuk kali ketiga, saya balik lambat ke rumah lantaran rasa malu yang amat sangat. saya sanggup lepak di cyber cafe tanpa menghiraukan panggilan telefon bertanyakan keputusan ujian memandu ketika itu. saat itu tiada perkara lain yang muncul dalam fikiran saya melainkan untuk berputus asa saja. hari itu saya berkurung di dalam bilik, langsung tidak bertegur sapa dengan sesiapa melayan rasa kecewa saya. adik saya perlu mengambil ujian dua kali sedangkan saya, ujian kali ketiga pun masih belum lulus.

saat itu, emak memujuk saya. saya menangis di hadapan menghamburkan segala perasaan kecewa dan tekanan yang saya hadapi. mujurlah ada emak. jika tidak mungkin impian saya untuk memiliki lesen kereta takkan kesampaian. emak mengambil inisiatif dengan menjadi guru di rumah. saya memandu di jalan sempit di ladang getah datuk yang kebetulan bertar.

ketika kali kelima emak menghantar saya ke tempat ujian. berkat doa emak dan adik-adik, akhirnya saya lulus juga. gembira tak terkata saya dibuatnya. saya memang tidak mahu mengenang kembali saat ketika menghadapi ujian memandu sebelum ini. perit dan pahit. saya tak mahu ambil ujian memandu lagi. takutnya lebih dari saat saya mahu mengetahui keputusan peperiksaan saya. lebih-lebih lagi saat ketika pegawai JPJ masuk ke dalam kereta mahu menguji pelajar. kecutnya hanya ALLAH sahaja yang
tahu.

trauma ketika ujian tu terbawak-bawak sampai sekarang. saya masih takut-takut untuk memandu. memandu apabila disuruh atau terpaksa saja. itupun jika ditemani emak. masih tiada keyakinan untuk memandu seorang diri untuk ke mana-mana. jika terpaksa ke mana-mana aku kerahkan adik untuk menjadi pemandu. apa pun terima kasih untuk KAK NGAH dan EMAK. kalian jadi sumber semangatku. sayang kamu....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

demi masa

masa berlalu begitu pantas sehingga aku langsung tidak menyedari dia perlahan-lahan meninggalkan aku di belakang.. banyak perkara berlaku kebelakangan ni.. yang tak disangka juga yang diingini serta perkara yang tak mahu aku fikirkan pun.. apabila aku bangun dari tidur aku ingin perkara yang telah berklaku tu jadi mimpi je.. aku mahu masalah yang tengah aku hadapi sekarang tak pernah berlaku. tetapi hakikatnya jika aku cuba lari masalah tu tak pernah akan hilang tapi makin bertambah.. sabar dan sabar.. hanya itu yang aku ada untuk hadapi semua perkara ni.. lelah rasanya dihambat waktu kerana aku tidak terhambat lariannya yang tidak pernah menoleh ke belakang lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawan menangis dan kawan ketawa

sepanjang hampir 20 tahun kehidupan aku di muka bumi ni, aku ada ramai kawan. kawan sekelas, kawan satu bilik dan ramai lagilah. ramai orang kata kawan ketawa ramai tapi kawan menangis susah kita nak cari. memang pun. tak ramai kawan kita nak sama-sama susah dengan kita. cuba kita renungkan kisah saidina abu bakar as-siddiq dan nabi besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. beliau bersama dengan rasullah berhijrah bersama-sama ke madinah dan bersembunyi di gua tsur. beliau sanggup menanggung susah bersama rasullah s.a.w. beliau sanggup menahan kesakitan dipatuk ular ketika dia cuba melindungi rasullah daripada ular dengan menutup lubang ular tu. ketika peristiwa isra' dan mikraj beliaulah orang pertama yang mempercayai rasullah s.a.w ketika orang lain semua ragu-ragu dengan cerita rasullah. korang tak terharu ke dengar cerita macam ni. aku terharu sangat. betapa setia dan baiknya seorang sahabat. aku pun bukanlah sempurna sangat. tetapi insya Allah aku cuba untuk menjadi sahabat yang baik. sahabat baik ni sentiasa menyembunyikan keburukan sahabatnya dan lain, tegur kawan kita yang buat salah dan banyak lagi. boleh fikir sendiri kot. kalau kawan tak belanja makan pun aku tak kisah. hehehe... itu aje. kalau ada terkasar bahasa dan tersilap bicara maafkanlah aku insan yang lemah ini. jumpa lagi di lain ketika.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Di atas dan di bawah....

hari ini seperti selalu aku melihat ke dalam cermin. untuk apa? untuk merias wajah sambil bersiap-siap ke dewan kuliah. seperti biasa apa yang selalunya aku lihat terbias di dada cermin. alhamdulillah dengan izin Allah aku dianugerahi sepasang mata yang boleh melihat, sebatang hidung yang membolehkan aku bernafas dan seulas bibir yang membolehkan aku bertutur. cukup sempurna dan cantik. tiada cacat dan celanya. syukurlah aku dilahirkan normal dengan anggota badan yang cukup. aku lebih bertuah dari insan yang kehilangan tangan atau kakinya. aku lebih bertuah dari orang yang buta matanya, bisu mulutnya dan pekak telinganya. biarlah aku tidak secantik mana pun, aku bersyukur. kadang-kadang dengki jugak tengok orang yang cantik-cantik. kurus, putih melepak. seronok tengok orang bergaya.
hmm.. memanglah jeles sebab aku tengok orang yang lebih cantik dari aku. cuba tengok orang lain yang tidak sempurna, barulah hati ni rasa bersyukur. kurang sikit rasa dengki tu.
aku pun tak tahu aku dengar dari mana. tapi apa yang aku faham dari apa yang aku baca tu, kalau nak bandingkan diri kita dari segi kekayaan ke, kecantikan ke janganlah kita tengok orang yang lebih cantik atau yang lebih kaya nanti kita tak puas hati dengan apa yang kita ada. tapi pandanglah orang-orang yang tidak begitu baik nasibnya daripada kita. insya Allah akan lahir rasa syukur dalam hati. tapi kalau dalam bab cari ilmu tak bolehlah pakai teori ni. nanti diri sendiri tak maju. dalam bab ilmu kita kena berlumba-lumba tambah ilmu. bila kita berilmu barulah orang hormat pada kita. wah dah banyak yang aku tulis. aku rasa aku patut stop dulu. Bye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS