Membaca blog kwn-kwn yang lain tiba-tiba sahaja saya merasakan ada kekurangan pada diri.. pengalaman dan pendapat mereka menyebabkan saya rasa diri saya amat kerdil. Fikiran mereka jauh ke hadapan.. pandangan mereka bernas.. pengalaman mereka banyak.. saya pula masih lagi mencari dan cuba memahami erti kehidupan ini.. rupanya masih banyak lagi yang saya belum ketahui. Masih belum habis dunia ini saya jelajahi.. masih kurang lagi pengalaman saya.. masih banyak lagi yang saya belum tempuhi.. masih banyak lagi ilmu yang perlu saya gali… masih panjang lagi perjalanan yang perlu saya redahi..
Tongue Twister..
kalau rasa bosan apa kata cuba 'tongue twister' atau dalam erti kata lain lembut lidah (diinspirasikan dari roda impian..hehe) kat bawah ni.. laju-laju
dan berulang kali tau.. tengok macam mana??
Source: Utusan Malaysia, 9 Feb 2010, sisipan English Labratory.
kalau korang rasa nak mencabar lidah sendiri lagi korang boleh je 'google'kan tongue twister. nanti kuarlah mana-mana lama web yang ada wat tongue twister ni hehe..
hilang sudah kasih sayang
hati rasa sayu ketika melihat muka hadapan utusan hari ini. hari ini sekali lagi seorang bayi perempuan yang comel, tidak berdosa di buang oleh individu yang tidak bertanggungjawab, di tepi tong sampah dan dibiarkan kehujanan. Ya Allah pedih rasanya hati melihat bayi itu dizalimi sedangkan dia masih suci, tidak berdosa. bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu yang kita ketahui penuh dengan kasih sayang selama 9 bulan 10 hari dibuang tanpa rasa belas kasihan. kemanakah hilang rasa kasih sayang seorang ibu... astaghfirullahalazim... apa sudah jadi dengan dunia sekarang? sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya, kita manusia apatah lagi. pernah kita dihidangkan dengan kisah pelik tetapi benar tentang haiwan yang menjaga anak haiwan lain walaupun mereka bukan dari spesis yang sama.. haiwan juga dikurniakan sikap kasih sayang.. kita bagaimana? kita manusia yang dikurniakan akal yang diberi keistimewaan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini? tetapi lihatlah apa yang berlaku? mencegah lebih daripada mengubati.. setiap masalah yang berlaku mestilah diselesaikan dari akar umbinya.. cubalah kita semua mencari jawapan kepada permasalahan ini.. saya bukanlah insan yang layak untuk mengulas.. saya juga ada kelemahan dan kekurangan.. sama2lah kita muhasabah diri..
masa depan
kerisauan tiba-tiba melanda hati saya apabila memikirkan nasib lepas habis belajar? memang fikir nak cari kerja tapi persoalannya nak kerja apa? persaingan banyak dan saya pulak tak tahu nak tuju ke arah mana.. kawan-kawan cakap jangan banyak pilih.. cekup aje peluang yang datang ah... apa saya nak buat ni? macam mana nak berhadapan dengan suasana kerja nanti?... susah hati saya fikir pasal perkara ni... ditambah lagi dengan assignemnt yang tak tahu bila akan abis..waa..
hati yang tak tenang
kebelakangan ni hati tak pernah senang dan tenang. banyak betul benda dah berlaku. peristiwa yang tak patut berlaku dah terjadi.. rasa marah dan sesal sedang menguasai diri.. marah tak kalau tiba-tiba kita kena marah disebabkan kesalahan orang lain. disebabkan orang lain buat benda tu kita yang kena tempiasnya. geram kan?! geram, geram,geram sangat. sampai tak tahu nak kata apa? rasa tak puas hati sangat-sangat. tapi ada satu perkara lagi yang jadi.. saya rasa menyesal sebab telah buat perkara yang tak sepatutnya. tetapi bila difikirkan balik, perkara tu terjadi kerana rasa nak membela diri sendiri.. walaupun apa pun sebabnya saya tetap rasa sepatutnya saya tak patut buat perkara tu.. rasa tak tentu arah sebab asyik terfikir pasal benda tu.. ditambah lagi dengan kerja yang bertambun dan minggu ujian yang akan tiba.. makin bertambah perasaan yang tak tenteram... tak tahu nak mengadu pada siapa... Hanya pada Allah saja tempat saya mengadu....
lesen memandu
demi masa
masa berlalu begitu pantas sehingga aku langsung tidak menyedari dia perlahan-lahan meninggalkan aku di belakang.. banyak perkara berlaku kebelakangan ni.. yang tak disangka juga yang diingini serta perkara yang tak mahu aku fikirkan pun.. apabila aku bangun dari tidur aku ingin perkara yang telah berklaku tu jadi mimpi je.. aku mahu masalah yang tengah aku hadapi sekarang tak pernah berlaku. tetapi hakikatnya jika aku cuba lari masalah tu tak pernah akan hilang tapi makin bertambah.. sabar dan sabar.. hanya itu yang aku ada untuk hadapi semua perkara ni.. lelah rasanya dihambat waktu kerana aku tidak terhambat lariannya yang tidak pernah menoleh ke belakang lagi..






